[VIDEO] “Contoh Terbaik, Kalau Orang Lain Dah Keluar…” – Netizen Kagum Fazley Yaakob Cuci Muntah Anak Dalam Kedai Serbaneka

Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob berkongi video lama mengenai dirinya yang telah membersihkan sisa muntah anaknya di sebuah kedai serbaneka tanpa menggunkan campur tangan staf kedai tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fazley berkata anaknya, Fierudz Fazley ketika itu masih kecil  lagi.

“Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni @fierudzfazley masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai.

“Kelam kabut saya pinjam baldi dan mop dari kedai tu. Nak marah kesian, dan dalam masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkan lah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri oleh rata-rata netizen yang memuji sikap ‘common sense’ Fazley terutamanya sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab.

Ada dalam kalangan mereka yang turut membandingkan Fazley bersama ibu bapa lain di luar sana yang mungkin segelintir daripada mereka tidak akan membersihkan sisa makanan atau kekotoran dilakukan oleh anak mereka.


Video berkenaan turut mendapat perhatian pekerja kedai berkenaan yang mengucapkan kata terima kasih kepada selebriti ini.

“Datuk, saya ingat lagi sebab masa ni syif saya tengah kerja. Kami nak cuci tapi Datuk minta pada kami mop dan baldi sebab Datuk nak cuci sendiri.

“Terima kasih Datuk,” katanya.

 

Aqilah Paharuzi