[VIDEO] Dayah Bakar Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua – “Fahri Will Soon Jadi Baby Abang”

Pengacara dan personaliti TV3, Dayah Bakar berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar memuat naik rakaman video yang memaparkan dia membuat kejutan kepada suaminya, Muhammad Hanif Hamidi dan anak sulungnya, Achbar Muhammad Fahri mengenai berita gembira tersebut. 

Menurut Dayah, usia kandungannya kini telah mencecah trimester kedua dan berharap urusan bersalin dipermudahkan kelak.

“August is a special month for me and Fahri .Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah, Fahri will soon jadi baby abang.

“In my 2nd trimester now! Alhamdulillah

“Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both ibu and baby, dan kemudahan bersalin kelak, and this means the world to us, more than anything else,” kongsinya teruja.

Dalam pada itu, Dayah turut berterima kasih kepada semua yang mendoakannya serta mendoakan kepada yang menantikan zuriat akan dikurniakan rezeki tersebut.

“Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua.

“Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insya-Allah,” tulisnya.

Untuk rekod, Dayah mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada Jun 2018 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Ajar Anak Panggil ‘Ibu’ Tapi Yang Keluar Nama…” – Peminat Terhibur Dengan Telatah Anak Dayah Bakar

Khairil Khusyairi