[VIDEO] Dialog Drama Suri Hati TV3 Viral, Netizen Tergelak Watak Puteri Sarah Nak Ganyang Wanita Bernama Ira

Pelakon Puteri Sarah kini sedang hangat dengan watak Sarah dalam drama terbaharu berjudul Suri Hati di TV3.

Menerusi perkongsian @fatinrahim95 yang tular di TikTok, Sarah meluahkan rasa marah apabila ada wanita yang cuba merosakkan rumahtangga sahabatnya, Suraya, lakonan Adriana Adnan.

“Nama dia siapa tadi?,” tanya Sarah.

“Dira ke Ira,” jawab Suraya.

“Ira? Nanti aku tolong kau, aku ganyang dia,” ujar Sarah dalam dialog terbabit.

@fatinrahim95 kena pulak nama iraa tu 🤣🤣🤣 #fypシ #fatinrahim #surihati #puterisarah #irakaza ♬ เสียงต้นฉบับ – |||เจมมี่ หวัง💚🕊️ – |||เจมมี่ หวัง(ได้แต่หวัง)💚

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan dialog yang dilontarkan Sarah di dalam drama tersebut seakan-akan menggambarkan kisah sebenar hidupnya.

“Ngam pulak nama tu. Pandai je penulis skrip diaorang.

“Hahaha tergelak tengok part ni semalam,” kata netizen.

Video terbabit meraih hampir 150,000 tontonan di laman TikTok.

Maya Basir