Hiburan By: Padin August 27, 2023 @ 9:51pm

[VIDEO] Dottie Dah Bercerai 3 Tahun Lalu, Enggan Dedah Sebab Berpisah

Pelakon Dottie atau nama sebenarnya, Nor Syuhaida Abd Razak, 35, mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Haffis Abu Hassan sejak tiga tahun lalu.

Tak mahu mendedahkan sebab perkahwinannya terlerai, Dottie menegaskan dia tidak mahu mengenang kisah lama.

Dottie bercerai.

Foto Dottie dan suami di majlis pernikahan.

Dottie bercerai, enggan kenang kisah lama.

“Saya dah berpisah kira-kira tiga tahun lalu. Saya pun tak ingat secara terperinci mengenai kisah perkahwinan lepas.

“Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tak bercerita. Benda tak best, tak perlu saya ingat,” katanya kepada XTRA.

Dottie ditemui di acara karpet merah TikTok Awards Malaysia 2023 sebentar tadi.

Menurut Dottie, dia juga belum bersedia untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat.

Dottie bercerai.

Foto kenangan Dottie dan bekas suami.

“Buat masa sekarang saya nak bergembira dulu. Belum sedia nak cari pengganti. Saya enggan mengenang kisah lama dan mahu memandang ke hadapan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kerjaya lakonan, Dottie memberitahu kerjayanya agak perlahan berbanding dahulu.

“Kerjaya lakonan agak perlahan buat masa ini. Tiada banyak tawaran pun. Sebab itu saya beralih kepada Tik Tok. Sekarang ramai persaingan baru. Jadi saya belajar cari peluang baru,” jelasnya.

Terdahulu, Dottie bergelar isteri kepada Mohd Haffis Abu Hassan pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Ada Sebab Kenapa Allah Tak Bagi…’- Marsha Luah Hasrat Jadi Ibu

Semoga impian Marsha untuk mendapatkan zuriat satu hari nanti terlaksana, Amin…

Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

BTS is Going on a World Tour!

The boys will be visiting some different countries too this time.

Featured Mon, 11 Oct 2021

“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini. Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis […]

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
Featured Thu, 18 Aug 2022