[VIDEO] Individu Label Ismail Izzani Tak Ada Adab Gara-Gara….

Penyanyi, Ismail Izzani dikritik seperti manusia tidak mempunyai iman, tiada akhlak dan tidak beradab gara-gara kenyataannya berhubung isu kaki wanita.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, individu berkenaan mengulas berita mengenai Ismail yang berpendapat bahawa lebih elok sekiranya kaki perempuan, daripada kaki lelaki.

Individu itu meluahkan rasa berang terhadap pelantun lagu Luar Biasa yang dilabel tidak mempunyai adab terhadap wanita.

“Cara jawab macam tak ada iman, macam tak ada akhlak, tak ada adab.

“‘Mujur kaki perempuan, bukan kaki lelaki’ katanya Ismail ni. Kau ingat kau tak ada adik perempuan, kau suka ke kalau adik perempuan dimainkan?

“Campak sana, campak sini. Apa kau jawab ni? Macam orang tak ada iman! Tolong la macam ni nak jadi artis?” Kata individu berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi respons sama terhadap Ismail.

Rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan Ismail apabila diminta mengulas mengenai dakwaan dirinya seorang playboy.


Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons mengenai isu yang membabitkan dirinya itu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 150,000 tontonan, lebih 7,000 tanda suka dan 500 komen.

Aqilah Paharuzi