[VIDEO] Ini Kompilasi Persembahan Pemenang AJL34, Confirm Merinding Dengar!

Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) telah pun melabuhkan tirainya. Mengangkat tema Warna-Warna Suara, AJL34 yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil telah menyaksikan 12 finalis berentap bagi meraih gelaran juara. Jom kita lihat kompilasi video persembahan pemenang AJL ke 34.

JUARA: NAIM DANIEL- SUMPAH

Lagu Sumpah nyanyian dan ciptaan oleh Naim Daniel telah diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34.  Naim memenangi hadiah berupa trofi dan juga wang tunai RM50,000.

 

NAIB JUARA: AMAN RA- BANGUN

Lagu Bangun ciptaan Navigator dan Aman Ra berjaya meraih gelaran Naib Juara. Lagu rap bermotivasi dan pentas yang bertenaga oleh Aman Ra telah menyaksikan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

 

 

TEMPAT KETIGA: BOB YUSOF & DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Lagu yang disampaikan Bob Yusof dan kejutan penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza di pertengahan lagu benar-benar memberi impak sehingga melayakkan mereka meraih tempat ketiga.

Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi hadiah berupa trofi dan wang tunai RM20,000.

 

 

VOKAL TERBAIK: HAFIZ SUIP- KISAH CINTA KITA

Vokal luar biasa Hafiz Suip ketika mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita telah membawa tuah buatnya apabila diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan meraih hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

 

 

PERSEMBAHAN TERBAIK: HAFIZ SUIP -KISAH CINTA KITA

Hafiz juga berjaya mengungguli kategori persembahan terbaik dengan bertemakan ala garden wedding dan romantik. “Kisah Cinta Kita” oleh Hafiz telah berjaya menerima ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000.

 

Tahniah Xtra ucapkan buat kesemua pemenang!

Sumber: Youtube TV3

Syafiqa Irdina