[VIDEO] Irfan Haris Sempoi Duet Dengan Rizky Febian Depan Kedai Mamak – “Harap Dapat ‘Perform’ Dekat Konsert Dia Nanti”

Penyanyi Irfan Haris berkongsi momen manis apabila dia dapat berduet dengan penyanyi Indonesia, Rizky Febian, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Irfan memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia berduet bersama penyanyi tersebut.

Lebih menarik, duet tersebut dilakukan secara spontan apabila Rizky meminta siapa yang boleh menyanyikan lagu nyanyiannya iaitu berjudul Cuek bersamanya.

Tidak mahu melepaskan peluang tersebut, Irfan dengan pantas mengangkat tangannya untuk berduet bersama Rizky di hadapan sebuah kedai mamak.

“Masa ini nervous gila tuhan saja tahu,” tulis Irfan.

Lebih menarik, Rizky turut menyatakan jika Irfan tidak gemuruh, dia akan mengajak pelantun lagu Pesan itu untuk menyanyi di konsertnya akan datang.

“Nanti kita cuba kalau konsert aku disini irfan nyanyi di pentas okay,” ujar Rizky.

Dalam pada itu, Irfan turut berharap Rizky perasan dengan video tersebut dan mahu membuat persembahan di konsertya kelak.

“Tolong tag mas Rizky sampai dia notice please so that irfan boleh perform dekat concert dia nanti,” harapnya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 60,000 tontonan dan lebih 7000 tanda suka.

Khairil Khusyairi