[VIDEO] Isteri Aliff Syukri Dipuji Ramai, ‘Sempoi’ Bawa Anak Beli Selipar Di Pasar Malam – “Pandai Didik Hidup Bersederhana,”

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida baru-baru ini meraih perhatian ramai di media sosial.

Ia ekoran sebuah video tular di TikTok memaparkan gelagatnya bersama dua anak kecilnya berada di pasar malam.

Video berdurasi 58 saat itu memperlihatkan Shahida sedang sibuk memilih selipar untuk kedua-dua anaknya di salah satu kedai selipar di pasar malam tersebut.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan netizen teruja melihat cara didikan isteri usahawan itu kepada anak-anaknya.

Meskipun suaminya, Aliff Syukri sering mencipta kandungan video penuh kontroversi namun, keperibadian isterinya yang dilihat sentiasa sabar disamping suaminya itu meraih pujian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelaran Datuk Seri Didakwa Palsu, Aliff Syukri Tampil Buka Mulut “Tak Kisah Lah, Yang Penting…”

Artikel Berkaitan: Bakal Timang Anak Ke-6, Isteri Aliff Syukri Terkejut Video Tular – “Bukannya Saya Baru Hamil Anak Sulung”

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 612,000 tontonan, 51,200 tanda suka dan 400 komen.

Aqilah Paharuzi