[VIDEO] “Jaga Diri Shuk, Kita Sama-Sama Move On” – Titip Pesanan Terakhir, Rossa Sera Mohon Shuk Tabah & Kerja Kuat Demi Anak-Anak

Pelawak, Shuk Sahar telah hadir ke Mahkamah Syariah pagi Jumaat seakan memberi bayangan bahawa rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera telahpun menemui titik noktah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

Susulan itu, berterima kasih akan kehadiran suaminya ke mahkamah, Sera memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama sejambak bunga serta berbaju serba putih itu tampak semakin berseri.

Menerusi video yang sama, Sera sempat menitipkan pesanan buat Shuk agar terus tabah menghadapi ujian yang menimpa mahligai cinta mereka kini kian retak.

“Jaga diri Shuk.. tolong kuat dan kita sama-sama move on,” tulisnya dalam video tersebut.

@rossa.sera

Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on 🥹🫶🏼♥️ #fyp

♬ suara asli – •ɪʀɢɪ🥀 – •ɪʀɢɪ🥀

Di ruangan kapsyen, wanita kelahiran Sabah itu juga mengakui akan selalu mendoakan serta menyokongnya supaya mempunyai semangat tinggi untuk bekerja demi anak-anak mereka.

“Thank you , saya akan selalu doakan dan support awak! Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita ok? Please kuat dan kita sama-sama move on,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen membanjiri kata-kata semangat buat Sera dan meluahkan rasa kagum kerana menjadi seorang wanita yang sangat kuat.

Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada tahun 2015, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Aqilah Paharuzi