[VIDEO] “Kak Long Dulu Ketua Kumpulan Ke?” – Netizen Tak Kering Gusi Fazura Spontan Nyanyi Lagu Nasyid!

Pelakon jelita, Nur Fazura meraih perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan gelagat mencuit hati ramai di aplikasi TikTok.

Berdasarkan video pendek berdurasi 20 saat itu, Fazura dilihat mengayakan tudung berwarna coklat sedang sambil memetik jari menyanyikan lagu nasyid.

“Marilah istiqomah, Hidup ini sementara. Marilah isitiqomah, satu hari…” nyanyi Fazura lalu gelak terbahak-bahak.

“Sengal betul la… sorry korang,” tulisnya di ruang kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar aktres Manisnya Cinta Di Cappadocia ini yang menyanyi penuh perasaan tetapi vokal lari.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang terkejut melihat gelagat Fazura yang dikatakan ‘masuk air’ dan seperti ‘ketua’ kumpulan nasyid.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut mendapat tontonan sebanyak 61,000 ribu, lebih 3,000 tanda suka dan 255 komen.

Aqilah Paharuzi