Video Selawat Depan KLCC Raih Pujian, Peminat Doakan Zizi Kirana Terus Istiqamah

Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen.

Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti teruja medengar alunan selawat Zizi bersama Farhatul yang merdu.

Rata-rata mereka memuji tindakan Zizi dan Farhatul yang berani untuk berselawat di kawasan terbuka sambil ditonton orang awam.

Menjegah ke ruangan komen, warganet mendoakan agar Zizi terus istiqamah untuk menjadi wanita yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, ada juga yang gembira melihat perubahan Zizi yang lebih sopan dan manis berbanding dahulu.

 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 43,000 tanda suka dan telah menerima 130 komen.

Halimey Zamal