[VIDEO] “Kau Cemburu Suara Aku Sedap!” – Kesal Dikritik Lupa Diri, Aliff Syukri Tempelak Amy Ukays

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membidas komposer terkenal, Amy Ukays yang tidak mahu bekerjasama dalam menghasilkan lagu sempena Aidilfitri.

Aliff melemparkan kata-kata kesal kepada Amy yang didakwa cemburu terhadap vokalnya yang dikatakan sedap dalam satu video dimuat naik di platform Instagram miliknya, semalam.

“Kau tak nak buat lagu untuk aku, satu komposer pergi, sejuta datang! Belambak dekat Malaysia ni!

“Aku telefon tanya offer, kau nak buat Alhamdulillah. Kau tak nak buat, tak payah nak kecoh!

“Aku tahu sebenarnya kau cemburu sebab suara aku ni sedap, sebab banyak komposer-komposer dekat luar tu nak buat lagu untuk aku,” selarnya.

Sementara itu, Aliff tetap berpegang teguh pada pendirannya untuk mencipta lagu Raya dengan penuh keyakinan akan trending di seluruh media sosial.

“Saya akan buktikan pada awak! Walaupun saya tak ambil awak sebagai komposer pun lagu saya tetap akan trending!” katanya dengan penuh emosi.

Dalam pada itu, anak keempat Aliff iaitu Yusoff Al Qardawi turut mempertahankan bapanya adalah penyanyi ‘nombor satu’ negara.

“Abah saya artis nombor satu, jangan main-main,” katanya.

Sebelum ini, Amy berkata dia enggan bekerjasama dengan Aliff kerana mendakwa dia bersikap lupa diri.

Malah, Amy juga memberitahu untuk tahun ini dia akan memberi fokus dalam membuat lagu Raya untuk beberapa individu lain iaitu Datuk Seri Vida, Iqbal, Baby Shima, dan Datuk Ifa Raziah.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan beberapa lagu Raya berjudul Kelepok Raya dan Chu Ku Chuk Raya namun kedua-dua lagu tersebut menerima kritikan daripada warganet.

Artikel Berkaitan: “Selamat Tinggal Buat Selamanya” – Dakwa Lupa Diri, Amy Ukays Enggan Buat Lagu Raya Untuk Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: Merayu Sampai Terjerit-Jerit, Aliff Syukri Kecewa Radio & TV Tak Mainkan Lagu Chu Ku Chuk Raya

Artikel Berkaitan: “Kita Insan Terpilih, Mak Sedia Ya” – Bakal Lancar Lagu Raya Lagi! Isteri & Ibu Reda Dengan Perangai Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: “Lagu Raya Paling…” – Muzik Video ‘Kelepok Raya’ Aliff Syukri Undang Cemuhan Netizen!

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Aqilah Paharuzi