[VIDEO] Keakraban Nourul Depp Dengan Bapa & Mak Mertua Curi Perhatian Ramai – “Mesra Sangat!”

Penyanyi, Nourul Depp, 44, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa video bersama bapa dan ibu mertuanya di Instagram miliknya.

Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dilihat sangat mahir bertutur dalam bahasa Perancis ketika bersembang bersama ibu bapa suami tercintanya, Eric Daniel Depp.

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan oleh YouTube Selebriti Malaysia, Nourul dan keluarganya mengambil ibu bapa Eric yang baru sahaja tiba di lapangan terbang Bali, Indonesia dari Perancis.

“Bagus Noorul dah pandai cakap dengan mak mertua dan bapa mertua..Tak jdi chicken and duck..akrab dgn mereka..,” tulis seroang netizen.

Ada dalam kalangan netizen yang gemar melihat keluarga kecil ini dipuji sangat mesra dan bahagia sentiasa.

Sementara itu, anak lelaki Nourul, iaitu Raphael, menarik tumpuan ramai menerusi yang membaca doa terlebih dahulu sebelum makan.

Ia ekoran sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Nourul memaparkan mereka sedang menikmati juadah bersama.

Nourul dan Eric berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.

Manakala menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24.

Aqilah Paharuzi