Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Penyanyi popular Indonesia Raisa Andriana mengumumkan berita kehamilannya di laman Instagram, malam tadi.

Pelantun lagu Apalah Arti Menunggu ini turut memuatnaik sebuah video mengenai pengumuman berita gembira itu.

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

Walaupun baru saja dimuatnaik semalam, video berkenaan mendapat tontonan lebih daripada satu juta penonton dalam masa kurang 24 jam.

Pasangan selebriti ini bernikah pada 3 September 2017 di Ayana MidPlaza, Jakarta Pusat.

Raisa antara penyanyi yang membangkitkan fenomena tersendiri dan disebut-sebut bakal bergelar penyanyi nombor satu di Indonesia kelak. 

SGMS Faida