familuv By: Dharnieya Nur Amelsa January 19, 2023 @ 4:25pm

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk dan menunggu di hadapan rumah serta pintu yang terkunci.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah reaksi Almy yang sedang pasrah duduk bersila di hadapan rumah serta letih menunggu.

“Nak balik rumah, nak makan, kunci tak bawa hahahahaha,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat keluarga ini dan turut berkata mereka pernah mengalami situasi yang sama sepertinya.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang menyuruh Fizz untuk menukar tombol pintu seperti ‘smartlock’ supaya lebih mudah untuk membukanya jika terlupa membawa kunci rumah.

“Comel je hahaha. Pakai password senang.

“Hahahaha adeh dah bersila dah itu tinggal ada cekodok ke jajan-jajan ke.

“Maaflah Datuk dan Datin, tergelak dulu. Teringat saya dulu macam itu juga, sampai tertidurlah.

“Wakakakaka mak yang tantrum. Anak-anak inilah masanya bebas kat koridor.

“Bertabahlah anak beranak duduk luar rumah hahaha,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

LIFESTYLE Tue, 14 Aug 2018

Bahan ‘Magik’ Dalam Produk Kosmetik Mungkin Racun Tanpa Sedar

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Featured Tue, 20 Sep 2022