[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Marine berkongsi gambar memaparkan dirinya diberi kesempatan untuk menyentuh Kaabah ketika berada di Makkah dan mengakui itu adalah detik paling terindah di dalam hidupnya.

Difahamkan, sudah beberapa bulan yang lalu sebenarnya Marine sudah memeluk Islam, namun penghijrahannya itu dirahsiakan oleh Marine.

Wanita jelita itu tidak mahu ia diketahui umum sehinggalah dia sendiri yang tampil memberitahu kepada peminatnya di laman Instagram tentang penghijrahannya itu.

Bukan itu sahaja, Marine juga ada memuat naik sebuah video di mana dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan imam di sebuah masjid dengan berjubah hitam lengkap bertudung dan menurutnya ini adalah satu momen yang sangat indah dan detik baharu buat Marine dalam jalan penghijrahannya.

 

 

Halimey Zamal