[VIDEO] Lawak! Tular Di TikTok, Aksi Drummer Kumpulan Spoon Main Dram ‘Halimunan’ Buat Netizen Geli Hati

Sebuah video lama kumpulan Spoon menyampaikan lagu Rindu Serindu Rindunya di sebuah program televisyen kembali tular dalam kalangan netizen di platform TikTok.

@arifeddyNampak ke tak?♬ original sound – Arif Eddy

Rata-rata netizen geli hati melihat gelagat salah seorang ahli kumpulan Spoon yang membuat aksi seolah-olah bermain dram.

Aksi tersebut menarik perhatian wargamaya kerana kumpulan tersebut masih meneruskan persembahan walaupun drummer mereka tidak mempunyai dram.

“Apa yang dorang fikir masa ni eh? Siapa punya idea lah,”

“Macam mana orang kat situ semua boleh tahan ketawa ye,”

“Siapa tak nampak, tanda tak lama lagi tu,” tulis warganet.

Untuk info, Spoon merupakan sebuah kumpulan pop rock Malaysia yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1995. Selain Rindu Serindu Rindunya, mereka turut popular dengan lagu Puncak Rindu Kasih Sayang, Memori Sekuntum Rindu, Bicara Cinta dan banyak lagi.

Izzi Farhana