[VIDEO] Main ‘Filter’ Huruf Nama Crush, Reaksi Comel Nora Danish Tarik Perhatian Netizen

Pelakon cantik Nora Danish berkongsi sebuah video di media sosial yang menunjukkan dia sedang bermain sebuah ‘filter’ yang akan menunjukkan huruf depan nama orang yang diminatinya.

Video itu telah dikongsi menerusi laman media sosial TikTok miliknya.

@noradanishhanif

Phew 🙂 hahahhaha

♬ original sound – Lydia

Menerusi video tersebut, huruf yang terpapar merupakan huruf ‘N’ dan membuatkan Nora mengukirkan senyuman yang lebar kelagaan kerana nama suaminya bermula dengan huruf berkenaan.

“Phew,” tulis Nora di kapsyen.

Hantaran video tersebut telah mendapat perhatian suaminya, Nedim Nazri Aziz dan dia juga sempat meninggalkan komen yang menujukkan kelegaan kerana huruf depan namanya yang terpapar.

“Nasib baik,” komen Nedim.

Reaksi Nora menerusi video tersebut juga telah meraih pelbagai respons daripada netizen yang rata-rata terhibur dan juga turut memuji kecantikannya seolah-olah tidak dimamah usia.

“Nora Maintain comel

“Lawalah kak Nora

“Kak nak tanya, perkataan tua tu macam mana nak jauhkan ek dekat diri. Akak selalu nampak muda je,” komen netizen.

Izzi Farhana