[VIDEO] “Mak Lampir Ke Ni? Biar Betul Shuk Sahar Jadi..” – Ramai Dakwa Video Versi Asal Mat Kilau Tular, Siap Ada Aksi Terbang Lagi!

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi perbualan hangat di serata media sosial kerana berjaya menambat hati penggemar filem tempatan.

Berdasarkan sebuah hantaran di Instagram milik Syamsul, filem arahan terbarunya itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM47 juta dalam masa 11 hari di tayangkan.

Namun begitu, seorang pengguna TikTok mendakwa filem Mat Kilau yang ditayangkan pada umum kini bukan versi asal sebenar.

Heboh di ruangan Twitter sejak semalam mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang memaklumkan filem Mat Kilau rupanya dirakamkan semula bawah arahan Syamsul Yusof.

“Baru tahu filem Mat Kilau dah shoot tujuh tahun lalu. Dah habis RM2.5 juta tapi reshoot balik dan diarahkan semula oleh Syamsul Yusof atas sebab tertentu.

“Siap ada terbang-terbang lagi versi Mat Kilau yang ni,” katanya dalam video tersebut.

@thenazfamily

Apa sebab filem ni kena reshoot semula? Korang tahu tak? #matkilau #matkilau2022 #matkilauchallenge #matkilaufilem #fyp #fypシ

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Video yang berdurasi 1:45 minit memaparkan aksi dalam filem Mat Kilau sebelum diubah kepada versi terkini itu telah meraih pelbagai reaksi netizen yang terkejut.

“Mujur la filem Mat Kilau ni reshoot balik. Kalau tidak, entah apa-apa la jadinya. Kau ingat cerita Mak lampir ada terbang-terbang dari atas pokok, dari atas bumbung bagai.

“Tak masuk lagi bab kostum askar British yang memang dah out tu. Dah la ada Shuk Sahar pulak tu.. Ewwww!” tulis ciapan yang tular itu.

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa syukur dan lega mereka terhadap pengarah tersohor itu kerana berjaya mengubah konsep kepada yang lebih baik.

Aqilah Paharuzi