[VIDEO] Mengidam Kunyah Ais, Gelagat Isteri Fizi Ali Raih Perhatian

Tindakan isteri kepada penyampai radio Hot FM, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha mencuri perhatian apabila dia memaklumkan bahawa isterinya itu mengidam untuk mengunyah ais hampir setiap hari sejak hamil anak pertama mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi kelihatan memuat naik video pendek memaparkan gelagat isterinya yang kelihatan gembira mendapatkan makanan ‘kegemarannya’itu.

“Dia tak dapat benda lain tak kisah, tak banyak karenah tapi… kalau tak dapat benda  ni muncung sampai boleh gantung hanger.

“Yang tengah mengandung tu mesti ada ada macam-macam yang anda mengidam kan? Tapi orang rumah saya, mengidam satu benda je iaitu ais. Hari-hari kena ada,” kongsinya.

 

Walaupun teruja melihat gelagat isteri Fizi Ali mengunyah ais, namun terdapat segelintir warganet yang menitipkan pesanan agar Zulaikha berhati-hati dek kerana tindakan memakan ais dengan kerap boleh mengakibatkan bayi menjadi besar.

Bahkan, gigi ibu mengandung juga dikatakan mudah sensitif dan kekurangan kalsium.

Salma Syahbuddin