[VIDEO] Pembantu Pulang Ke Kampung Halaman, Eina Azman Sedih! – “Saya Macam Lost Kejap”

Pelakon Datin Paduka Eina Azman berkongsi momen sebak menghantar pembantu rumah pulang setelah lima tahun berkhidmat dengan keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram, Eina berkongsi rasa sedih apabila perlu berpisah dengan pembantu rumah yang dikenali sebagai Mega yang kembali ke kampung halamannya di Aceh, Indonesia.

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati dengan pembantu rumah, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, mengakui sebak dengan kepulangan pembantu rumahnya ke negara asal dan menganggap kesedihan itu ibarat berpisah dengan kekasih.

“Salam to all my followers… 26 Jun finally Mega pergi tinggalkan saya and family untuk pulang ke Aceh bersama keluarga selepas lima tahun bekerja dengan kami sekeluarga.

“Ya Allah, rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfriend,” tulisnya.

Menurut Eina, suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet turut sebak dan mengalirkan airmata apabila melihat mereka berdua menangis ketika menghantar pembantu rumahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bayangkan Datuk pun boleh menangis bila tengok kamu pulang, rumah saya sekarang dah sunyi sebab tak ada siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli @aubreykarl,” luahnya.

Tambahnya lagi, kenangan bersama Mega terlalu banyak kerana dia sentiasa membantu Eina dalam apa jua aspek.

“Terlalu banyak kenangan saya dengan Mega. Dulu dia selalu jahit untuk kecilkan baju saya, teman saya memasak di dapur, tukang buat rambut saya dan Aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambik gambar dan video untuk saya, dan peneman untuk buat TikTok, teman saya pergi shooting dan siap boleh bertukang di rumah.

“Mega ni semua benda dia nak buat… Bila Mega dah balik ni rasa macam lost kejap, sebab saya dah tak ada teman nak bergaduh dan marah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun begitu, melalui perkongsian tersebut Eina turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada pembantu rumahnya itu jika terdapat salah silap dan mengakui dia bukanlah majikan yang sempurna.

Rata-rata pengikut Instagram Eina dan warganet turut tersentuh dengan perkongsian tersebut dan dapat memahami situasi yang dialami olehnya.

Atiqah Johari

Recent Posts