[VIDEO] Penampilan Siti Nurhaliza Pakai Busana Tradisional Masyarakat India Curi Tumpuan, Peminat Cakap Kalah Artis Bollywood

Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, pastinya ramai yang mengenali dengan penyanyi nombor satu negara ini.

Bukan sahaja memiliki suara lunak merdu, malah sentiasa memberikan persembahan terbaik sehingga apa sahaja yang dilakukannya menjadi perhatian peminat.

Terbaharu, Siti membuat perkongsian dia bersama suami, Datuk Seri Khalid menghadiri sebuah majlis perkahwinan dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat India.

Menerusi hantaran itu, Siti menerima pelbagai pujian terhadap pemakaian Lehnga berwarna biru dan dihiasi beberapa aksesori unik seperti Tikka, subang dan gelang tangan.

Menurut pelantun lagu Seribu Kemanisan itu, Lehnga yang dipakainya itu diperbuat daripada baldu dan seberat 5 kilogram.

“Masak betul dok bawak 5kg baju merata,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut dihujani dengan pujian para peminat yang rata-ratanya mengagumi kecantikan penyanyi kesayangan ramai ini memakai busana tersebut.

Malah ada juga yang beranggapan kecantikan Siti setanding aktres terkenal bollywood, Aishwarya Rai.

Khairil Khusyairi