Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi October 23, 2022 @ 5:00pm

[VIDEO] Puteri Balqis Buka Akaun TikTok, Hanya Guna Untuk Tujuan Kerja – “Saya Kekok Dan Takut”

Sebelum ini hangat di media sosial apabila pelakon Puteri Balqis akhirnya membuka ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Terbaharu pelakon remaja tersebut juga akhirnya membuka akaun TikTok sebagai medium baginya untuk berkongsi aktiviti seni.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish itu memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang memperkenalkan dirinya buat pertama kali di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Aqish memberitahu dia berasa takut untuk berada di platform tersebut kerana sedar TikTok mempunyai ramai pengguna.

“Hello, saya Puteri Balqis. Ini adalah akaun TikTok pertama saya dan saya hanya guna untuk tujuan kerja dan juga berkongsi puisi.

“Saya berasa kekok dan takut dalam platfrom ini kerana ramai yang menggunakan TikTok,” katanya.

Pelakon telefilem Rampas Cintaku itu juga turut bersyukur dengan sokongan peminat terhadapnya dan mendoakan semua dalam keadaan baik.

“Saya sangat bersyukur kerana anda semua bersama saya dan saya doakan yang terbaik untuk anda semua,” ujarnya.

@morosechildofficial Greetings from PB. Thank you to the team @Rusa Music ♬ original sound – Puteri Balqis Ashikin

Sehingga kini, perkongsian Aqish itu sudah mencecah 11,000 tontonan dan lebih 600 tanda suka.

Akaun rasmi Aqish itu juga kini sudah mencecah 9,000 pengikut sejak mula dibuka pada minggu lalu.

Menjengah ke ruangan komen,  rata-rata netizen menyambut kehadiran di laman TikTok dengan memberikan sokongan malah ada juga yang turut memuji kefasihannya berbahasa Inggeris.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Apr 2020
Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

王浩歌陈宥维即兴撩妹!粉丝现场喊破喉咙

首季《双世宠妃》去年在中国播出创下50亿播放量,今年强势回归的《双世宠妃2》在10月播出后也有亮眼的成绩!配合dimsum二周年庆,演员来马举办见面会,吸引了一大票粉丝围堵。

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Featured Wed, 8 Jan 2025

Terus Kunci Mulut, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Rumah Tangga Didakwa Berantakan

‘People will not stop talking’ – Uqasha Senrose

Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Bolos 15 Kategori, Nik Amir Tak Sangka Imaginur Dominasi Pencalonan FFM 33

Nik Amir Mustapha tak sangka Imaginur mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33.

error: Content is protected !!