Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 17, 2023 @ 12:55pm

[VIDEO] Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Bergenang Air Mata Berdoa Depan Kaabah – “Semoga Allah Memelihara Kita”

Pasangan selebriti, Sabri Yunus dan isteri tersayang, Ardini Angeline Tan sedang menunaikan ibadah Umrah sejak minggu lalu.

Di aplikasi TikTok, Sabri memuat naik sebuah video memaparkan Angeline sedang menadah tangan memohon doa di hadapan Kaabah.

Menerusi video tersebut, Angeline yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Makkah itu menitiskan air mata saat memanjatkan doa.

“Air matamu, air mataku jua. Semoga Allah memelihara kita,” tulis Sabri.

@sabriiyunus

♬ original sound – Sabri Yunus – Sabri Yunus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan doa agar pasangan dua sejoli ini dipermudah urusan dan memberkati mereka.

Pasangan ini dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu dalam satu majlis tertutup.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan drama Pak Din KK tahun 1992 kemudian gandingan mereka meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Hati Dia Keras, Hampir Menolak Ritual Keagamaan Namun Berjaya Apabila…” – Sabri Yunus Kongsi Perjalanan Angeline Tan Masuk Islam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mula Terbuka Hati Lepas Sebulan Bekerjasama Dalam Sitkom ‘Tanya Sama Pokok’, Angeline Tan Kongsi Cara Sabri Yunus Melamar – “Saya Tak Perlu Berpura-Pura…”

Artikel Berkaitan: Anak-Anak Tak Anggap Angeline Tan Fake, Harap Perkahwinan Bersama Sabri Yunus Tenang & Bahagia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pendakwah Dakwa Ijab Qabul Sabri Yunus, Angeline Tan Tidak Sah & Dituduh Berzina, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Letak Hukum Atas Dasar Kebencian Semata”

Artikel Berkaitan: “Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Artikel Berkaitan: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Events Thu, 5 Apr 2018

CJ WOW SHOP Sets New Sales Record During Biggest Home Shopping Carnival!

CJ WOW SHOP doubled their revenue in a single day.

Trending Sat, 17 Nov 2018

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Kalau Jumpa, Tolong Beritahu Saya!

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…Amin!

Featured Fri, 29 Aug 2025
Trending Fri, 3 Jul 2020

Pagar Masjid & Surau Disaran Tidak Dikunci – Dr Zulkifli

Sama-samakita alert dan bertanggungjawab ok!

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung

Trending Fri, 20 Mar 2020
Featured Tue, 8 Aug 2023
error: Content is protected !!