[VIDEO] Salah Aim Punca Kamal Terselamat, Uqasha Senrose Mohon Netizen Tak Berbalah

Pelakon Uqasha Senrose akhirnya tampil membuat kenyataan berhubung insiden yang menimpa suaminya, Kamal Adli baru-baru ini menerusi siaran live di Instagram pada Isnin.

Menurut Uqasha, dia tidak mahu orang di luar sana terutamanya rakyat Malaysia dan Singapura berbalah dek kerana kejadian yang menimpa Kamal sekaligus menganggap apa yang berlaku wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.

“Saya nak jelaskan, orang Singapura semua baik-baik. Mereka ada bantu saya dan adik-adik saya semasa Kamal diserang. Tak ada siapa yang salah sebab benda nak jadi.

“Apa yang berlaku kepada kami, adalah pengajaran untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini. Kita tak tahu siapa suka kita dan siapa bencikan kita. Saya harap, semua orang jangan bergaduh antara negara.

“Apa yang berlaku tak ada kena mengena dengan negara. Malang tak berbau dan boleh berlaku di mana-mana. Jangan kerana seorang, satu negara terkena kesannya. Tak boleh begitu.

“Jangan kita bermusuh antara negara. Kita sama-sama cari rezeki. Saya pun ke sini untuk cari rezeki. Biar polis jalankan siasatan,”katanya.

Trauma dengan insiden yang menimpa, Uqasha, 3o, memaklumkan individu yang menyerang Kamal adalah seorang yang waras dan tidak gila.

Malah, motif sebenar individu itu dipercayai memang untuk menyerang suaminya.

“Keadaan itu membuatkan saya trauma sebab pertama kali saya melihat insiden begitu berlaku di depan mata saya sendiri,

“Orang tu tak gila, taktau apa motif dia sebab memang tak ada pergaduhan. Saya tak tahu nak cakap apa, saya memang trauma. Memang attention dia untuk membunuh.

“Bila dia tak dapat aim bawah leher sikit, tu yang dia pukul bahagian pipi dan badan berkali-kali dengan cota besi tu. Kalau kena betul-betul kena kat bahagian bawah lagi sikit, memang Kamal dah tak ada. 

“Tapi apapun, saya berharap orang diluar sana sentiasa mendoakan kesembuhan buat suami saya. For now, jangan salahkan each other,” jelasnya.

 

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Uqasha sempat memuat naik gambar cota yang digunakan penyerang itu untuk memukul Kamal.

Sementara itu, suspek berusia 33 tahun yang menyerang aktor itu  akan didakwa di mahkamah di Singapura, hari ini.

Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki itu akan dituduh kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Terpaksa Ditidurkan, Doktor Syak Alami ‘Brain Damage’

ARTIKEL BERKAITAN:Trauma Kamal Adli Dipukul, Uqasha Minta Netizen Hentikan Komen Tidak Bermoral

ARTIKEL BERKAITAN:Update Status Terkini Kamal Adli, Uqasha Senrose Serah Kes Pada Pihak Polis – “Harap Semua Doakan Keselamatan Kami…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

 

Salma Syahbuddin