[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Pertama, Gelagat Bilal Buat Ramai Netizen Cair

Anak kepada pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, Muhammad Bilal mencuri perhatian warganet pada majlis sambutan ulang tahunnya yang pertama pada Ahad.

Menerusi perkongsian Neelofa di Instagram Stories (IGS), dia mengambil kesempatan memuat naik video memaparkan momen-momen Bilal sepanjang usianya menginjak ke satu tahun.

Malah, video tersebut juga turut dikongsikan oleh kelab peminatnya menerusi aplikasi Tiktok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Neelofa membanjiri ruangan komen dengan ucapan ulang tahun serta mendoakan agar Muhammad Bilal menjadi anak yang soleh.

Bahkan, ramai yang geram dan ‘cair’ melihat kecomelan dan ketampanan Bilal walaupun masih kecil.

Sementara itu, ahli keluarga Neelofa juga turut berkongsi momen sama sepanjang sambutan hari jadi Bilal yang berlangsung di Kids Nation, Kuala Lumpur.

Selain Bilal, antara yang mencuri perhatian dalam kalangan warganet adalah kelibat Neelofa yang dilihat seakan-akan mempunyai  ‘baby bump’, malah perkara itu dikuatkan lagi apabila ada diantara peminatnya yang tampil memberi kenyataan bahawa Bilal bakal menjadi abang tidak lama lagi.

@indigovelvet4 Dah nak jadi abang bilal soon 🤰🏻 #neelofa #neelofaharis ♬ Buah Hati – Armada

Salma Syahbuddin