Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 5, 2022 @ 6:13pm

[VIDEO] “Saya Pukul Anak, Paling Terkilan Saya Tertekan Sampai Susu Badan Kering… ” – Puteri Sarah Dedah Detik Duka Berdepan Konflik Rumah Tangga

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mendedahkan keadaan dirinya yang terlampau tertekan sehingga susu badannya kering saat pertama kali berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Menerusi sebuah temubual eksklusif Puteri Sarah bersama Nona baru-baru ini, aktres kegemaran ramai ini mengibaratkan dirinya sebagai rangka kerana dia tidak menjaga dirinya sehingga berat badannya menurun sehingga 47 kilogram (kg).

“Demi Allah, saya tiada konfiden dekat diri sendiri. Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat. Saya tak jaga diri saya sampai satu tahap, berat saya menurun sehingga 47 kg. Saya sangat kurus kering ibaratkan macam batang mop, macam Skeleton.

“Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Puteri Sarah turut kongsikan bagaimana keadaan sebenar saat dia mengalami stres melampau iaitu tanpa sengaja dia telah memukul dan menjerti kepada putera sulungnya, Syaikhul Islam ketika berumur 2 tahun.

“Bila saya stres dulu, saya lepaskan pada anak saya. Saya pukul Syaikhul. Masa tu dia baru 2 tahun, dan masa tu dia tak tahu apa-apa. Ya anak-anak tak ingat, tapi saya sebagai ibu saya ingat apa saya buat kat dia. Saya rasa bersalah.

“Saya bukan sengaja, Saya tak sedar sebab banyak sangat masalah dalam kepala saya. Saya tersentap saya tak boleh buat macam ni pada anak saya. Itu pertama dan terakhir saya pukul anak saya.

“Bila mak saya dan mertua datang tanya kenapa saya kurus, masa tu saya tak nak cakap apa apa. Saya kata saya diet. Bila ada benda sikit yang trigger saya akan jadi outburst. Saya selalu menjerit dekat Syaikhul,” ujarnya.

Lebih menduka cita, keadaan dirinya yang terlampau tertekan membuatkan susu badannya kering sehingga hanya mampu menyusu puteri sulungnya, Sumayyah selama enam bulan sahaja.

“Saya tak pernah cakap semua ni. Paling saya sedih saya hanya boleh susukan Sumayyah, enam bulan saja sebab saya stres susu badan tak boleh keluar.

“Bukan mudah bagi saya, padahal saya nak menyusukan anak saya sampai 2 tahun tapi sebab saya stres susu saya tak boleh keluar,” luahnya.

Untuk rekod, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa telah diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira kaza, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Difahamkan, Ira telah dipanggil oleh pihak JAWI dan disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You? – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Sumber: YouTube Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Kalau Ada Yang Sudi,Apa Salahnya’- Mamak Teringin Jadi Duta Produk Pemutih?

Betul kata Mamak, kenapa perlu ambil duta produk yang sedia maklum sudah cantik? Kalau syarikat mahu melihat testimoni lebih asli, apa kata…

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Tiga Episod Menuju Final, Leftenan Zana Raih 10 Juta Penonton!

Teruskan menonton Leftenan Zana yang dibarisi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman yang akan tamat pada 15 Mac ini setiap hari Rabu hingga Jumat, jam 9.00 malam hanya di TV3.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Doakan Abby Abadi…

Inshaa Allah malam ni akan diusahakan sekali doa selamat beserta solat hajat untuk kesembuhan Mama Aamiin Ya Rabb

Featured Wed, 17 May 2023
Trending Wed, 14 Mar 2018

Stephen Hawking Passes Away at Age 76

The iconic physicist, Stephen Hawking has passed away at the age of 76 this morning.

Featured Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey meninggal dunia, tinggalkan isteri dan bayi lelaki 9 bulan

Fad Bocey ralat tak dapat tatap muka arwah buat kali terakhir

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zackwan Daki Puncak Carta Trending YouTube… Netizen Meremang Dengar Susunan Orkestra!

Mengusung Rindu versi orkestra mengembalikan memori lama nyanyian penyanyi-penyanyi muda yang hebat.

error: Content is protected !!