[VIDEO] Selamba Jual Preloved Baju Rozita Che Wan RM5 Di Carboot Sale, Zain Saidin Dipuji Humble – “Isteri Dia Tahu Tak Ni?”

Pelakon, Zain Saidin menarik perhatian ramai di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan dirinya sedang berniaga di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Zain dikhabarkan sedang menjual pakaian ‘preloved’ milik isteri tersayang, Rozita Che Wan.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang pengguna TikTok yang berada di tempat carboot sale terletak di Kota Damansara.

Malah, apa yang menarik perhatian adalah Zain menjual baju-baju Che Ta dalam lingkungan harga RM5 hingga RM10.

“Zain Saidin jual baju Che Ta semua preloved RM5,” tulisnya dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, Zain memakai baju sleeveless berwarna putih serta mengenakan topi berwarna hitam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat aktor drama rantaian Cinta Buat Dara ini berniaga, namun tetap dipuji selamba.

Netizen sempat mengusik Zain yang bertanya sama ada isteri tercintanya itu mengetahui tentang perkara tersebut.

“Che Ta tahu tak ni? Kalau tak tahu habis kena tidur luar,” usik salah seorang netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 97,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Kritik Pereka Busana Siti Nurhaliza, Minta Lebih Peka Untuk ‘Sorok’ Mic Monitor – “Geram! Nampak Tak Kemas”

Aqilah Paharuzi