[VIDEO] Sporting Tunai Permintaan Peminat, Siti Nurhaliza Belanja Lagu Di Majlis Berbuka Puasa- “Memang Ada CD Melekat Dekat Badan..”

Salah seorang pengguna media sosial Twitter yang berkongsi sebuah video penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan secara spontan di sebuah majlis berbuka puasa di Hotel Impiana, KLCC.

Difahamkan, penyanyi nombor satu negara itu berbuka puasa bersama dengan keluarga dan pelanggan di hotel tersebut meminta Siti untuk menyanyi di atas pentas.

“Kawan kongsi dalam group, kejadian semalam rasanya.

“Siti Nurhaliza berbuka puasa dengan keluarga di Hotel Impiana KLCC. Pelanggan-pelanggan yang berbuka puasa minta Siti Nurhaliza nyanyi.

“Macam biasa, Siti jenis yang suara siap 24 jam, tinggal tekan suis je pastu terus belanja” kata pemilik akaun media sosial tersebut melalui ciapan di Twitter.

Video ini mendapat perhatian netizen lain, lebih-lebih lagi peminat tegar Siti.

Namun ada di antara mereka yang bersimpati kerana tujuan asal Siti adalah untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Tetapi di atas permintaan peminat, Siti tidak lokek menyumbangkan suaranya yang menjadi pujaan ramai secara percuma.

“We need a traditional concert soon! Hahaha.

“Dia punya berbuka dengan family tiber jadi concert.

“Aduh, untunglah orang kat situ. Konsert free,” kata netizen menerusi ciapan di Twitter.

Izzi Farhana