[VIDEO] Suki Low Nyanyi Lagu Badarsila Versi Acapella Raih Pujian – “Merdu…Walaupun Lain Bangsa Tapi Lenggok Tetap Perfect”

Penyanyi Suki Low menjadi perhatian warganet apabila video yang dimuat naiknya tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Suki atau nama sebenar, Low Sook Yee, 33, berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang menyanyikan sebuah lagu.

Lebih menarik, lagu yang dinyanyikan Suki adalah lagu irama Malaysia nyanyian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudul Badarsila.

Berdasarkan video berdurasi lebih 1 minit itu, pelantun lagu Bahagia Yang Sebenar ini mendendangkan lagu tersebut dengan baik sekali dengan caranya tersendiri.

Lebih menarik, Suki menyanyikan lagu tersebut dengan versi Acapella.

Ternyata, nyanyian Suki itu berjaya mencuri hati ramai warganet sehingga rata-rata menyifatkan nyanyian Suki itu sangat merdu dengan lenggoknya tersendiri.

Malah, ada juga memuji Suki sangat kreatif apabila menyampai lagu tersebut dalam versi Acapella.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Suki itu telah meraih lebih 280,000 tontonan  dan lebih 2,400 komen.

Khairil Khusyairi