Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 20, 2023 @ 12:30pm

[VIDEO] Sweet! Farid Kamil Hantar Bunga Kepada Diana Danielle Di Set Penggambaran, Tak Tolak Rezeki Bersanding Semula

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle berakhir dengan kegembiraan apabila mereka mengambil keputusan untuk kembali bersama semula.

Ternyata, keputusan tersebut menggembirakan semua selepas 21 hari bercerai dan kini kembali sebagai suami dan isteri demi anak-anak tersayang.

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Jika akar hubungan suami isteri itu masih kuat, berpisahlah berapa lama sekalipun, pasti bertaut kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula – “Kami Akan Ke Mahkamah Secepat Mungkin”

Terbaharu, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 42, disoal adakah bakal bersanding semula sekiranya ada pihak ingin menaja, ini jawapan bapa kepada dua cahaya mata itu.

“Itu satu cadangan yang baik. Diana pernah cakap, dulu lah, mungkin satu hari nanti bila perkahwinan dah genap 10 tahun mengapa tidak kita bersanding sekali lagi depan anak-anak.

“Itu harus dibincangkan, saya rasa okey. Boleh difikirkan,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Farid turut menjawab isu Diana memuat naik foto berpegangan tangan dengan seseorang sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Jelas Farid, tangan tersebut adalah tangan pembantu peribadi kepada Diana.

“Tangan saya ada bulu sedikit. Itu tangan pembantu peribadi dia.

“Ia buatkan saya tertanya siapa pemilik tangan itu,” dedahnya ketika ditemu bual program hiburan popular TV3, Melodi.

Terkini, menjengah ke profil Diana, pelakon Imaginur itu ada berkongsi semula Instagram Stories milik selebriti Neelofa yang mendedahkan Farid menghantar sejambak bunga kepada Diana ketika melakukan sesi fotografi.

“FK (Farid Kamil) hadiahkan bunga masa Diana Danielle kat set Naelofar,” tulis Neelofa dalam perkongsian tersebut.

Terdahulu, Farid Kamil mengesahkan dia dan isteri yang juga aktres Diana Danielle telah kembali rujuk pada penghujung Ogos lalu.

Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Dah Jumpa Pengganti Gara-Gara Foto Pegang Tangan, Ramai Backup Diana Danielle – “Itu Gambar Dengan Kawan Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya…Alhamdulillah.

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

LOKALOKO 2026 Bakal Gegarkan Zepp KL Dengan Kolaborasi Malaysia-Indonesia Pada 24 Januari Ini!

LOKALOKO 2026 bakal membuka tirai pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, mempertemukan rentak muzik Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas yang unik

Featured Sat, 16 Mar 2024
Contest Mon, 22 Jul 2019

xtra好康头 | 送你Twice 2019《TwiceLights》世界巡回演唱会吉隆坡站入门票

xtra好康头 送你Twice 2019《TwiceLights》世界巡回演唱会吉隆坡站入门票,当天势必让你嗨翻天!

Hiburan Tue, 28 May 2019
error: Content is protected !!