Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 27, 2023 @ 6:50pm

[VIDEO] Sweet! Titip Ucapan & Semangat… Ernie Zakri, Aina Abdul Saling Memuji – “Dia Superstar & Inspirasi Dalam Muzik”

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan luahan hati kedua-dua penyanyi popular, Ernie Zakri dan Aina Abdul memuji sesama mereka.

Video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna media sosial meraih perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas muncul beberapa konflik antara peminat mereka yang membandingkan kelebihan dalam menyanyi.

Aina Abdul Inspirasi Ernie Zakri

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-34, Ernie Zakri mengakui rakan seperjuangannya Aina Abdul merupakan sumber inspirasinya dalam bidang nyanyian.

Luah Ernie, dia mahu menjadi seorang penyanyi sehebat Aina, serta mendoakan pemilik lagu Semalam itu memperoleh kejayaan dalam bidang diceburinya itu.

“Walaupun kami jarang jumpa tetapi kita sangat aktif dekat media sosial together tau, kadang-kadang saya komen story dia, dia suka komen story saya.

“Saya cuma nak cakap terima kasih kepada dia sebab beliau punya kejayaan sekarang ni membuatkan saya lebih mahu memperbaiki segala kelemahan saya.

“Saya nak jadi bagus macam beliau dan saya rasa Aina ni adalah seorang yang memberi inspirasi kepada orang lain,

“Dan saya rasa tujuan utama setiap penyanyi kita pun nak menjadi inspirasi untuk orang lain dan Aina juga telah menjadi inspirasi kepada saya.

“Saya doakan hanya kejayaan je yang baik-baik untuk Aina Abdul, Insya-Allah kalau dia boleh buat showcase tu nanti saya nak beli tiekt dia,” katanya.

Artikel berkaitan: “Sudah-Sudahlah Tu” – Kesal Sering Dibandingkan, Ada Peminat ‘Bitter’ Ernie Zakri Tercalon Top 5 ABPBH 35

Artikel berkaitan: “Siapa Je Nak Laki Kena Sondol?”- Ernie Zakri Mengaku Jadi Gila & Meroyan Jika Wujud Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga

Aina Abdul Puji Ernie Zakri

Sementara itu, pemenang AJL ke-37, Aina Abdul meluahkan rasa teruja dan tidak sangka menjadi rakan baik kepada Ernie dan suaminya, Syamel.

Pelantun lagu popular Terus Hidup ini juga berharap Ernie akan terus melebarkan sayapnya dalam industri seni dengan karya-karyanya yang hebat.

“Ernie please stay being inspiring kepada semua termasuk saya, sebab saya ingat pertama kali saya tengok awak adalah bila menyanyi di bintang RTM.

“Saya ingat lagi masa tu saya rasa seperti melihat superstar, dan menjadi kawan bersama Ernie semenjak pertama kali berjumpa adalah gila.

“Saya tak sangka Ernie boleh jadi kawan Aina, dan saya ada kawan tambahan iaitu Syamel, dua rakan baik saya dalam industri.

“Saya doakan hanya yang terbaik untuknya dan Syamel, dan kepada Ernie Zakri teruskan menyanyi dan menjadi diri sendiri sebagai peminat kami sayang awak,” ujarnya lagi.

aina abdul ernie zakri

aina abdul ernie zakri

Artikel berkaitan: Artikel berkaitan: Peminat Bandingkan Dengan Selebriti Lain, Aina Abdul Nasihat Ainations – “Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Cakap Buruk Tentang…”

Artikel berkaitan:  Tok Ram Komen Penyanyi Perlu Buat Album, Ini Respons Aina Abdul – “Awalnya Rasa Macam Tuju Pada Saya Tapi….”

Kredit: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Mar 2021
Hiburan Mon, 17 Apr 2023
Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Apa cerita terbaru agaknya Mamat sekarang eh?

Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

MAROON 5 AND JIMMY FALLON SURPRISES SUBWAY COMMUTERS

Dressed like total hipsters, no one was able to tell that they were the celebrities themselves. But, Adam’s voice was certainly drawing commuters in.

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Chazynash Kini Pegang Watak Utama Dalam Sitkom Terbaharu ntv7

Mengakui terdapat sedikit cabaran berdepan dengan kamera dan sebagainya, bagaimanakah agaknya Chazy dan isteri mengatasi masalah tersebut?