[VIDEO] “Takut Terkena Demam Panas” – Bella Astillah Guna Trend Audio Pontianak, Dibanjiri Nasihat Netizen

Penyanyi Bella Astillah tidak terkecuali daripada mengikut trend semasa di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Bella menggunakan audio seram bunyi pontianak menggilai sambil meninggalkan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna berduaan di sebuah bilik.

Kemudian, video tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut keterlaluan dan tidak patut dilakukan sebagai ibu bapa.

@bellaastillah_94Siang2 pun takut si abang ni. Tengok adik relax jak😝😂♬ suara kuntilanak – solehudin1294

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meminta agar perbuatan menakutkan anak-anak dengan video dan audio seram dihentikan kerana bimbang akan mengakibatkan kanak-kanak kurang berkeyakinan.

“Jangan sebarangan menakutkan budak-budak takut terkena demam panas.

“Jangan takutkan anak-anak kecil macam ini. Dia akan membesar dengan trust issues (kepercayaan) kepada ibu bapa sendiri.

“Jangan takutkan budak-budak, nanti kita yang susah. Kesian si abang,” komen netizen.

Namun, ruangan komen video yang mendapat lebih dua juta tontonan itu sudah ditutup oleh Bella selepas dibanjiri dengan nasihat-nasihat netizen mengenai perbuatannya itu.Penyanyi Bella Astillah tidak terkecuali daripada mengikut trend semasa di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Bella menggunakan audio seram bunyi pontianak menggilai sambil meninggalkan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna berduaan di sebuah bilik.

Kemudian, video tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut keterlaluan dan tidak patut dilakukan sebagai ibu bapa.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meminta agar perbuatan menakutkan anak-anak dengan video dan audio seram dihentikan kerana bimbang akan mengakibatkan kanak-kanak kurang berkeyakinan.

“Jangan sebarangan menakutkan budak-budak takut terkena demam panas.

“Jangan takutkan anak-anak kecil macam ini. Dia akan membesar dengan trust issues (kepercayaan) kepada ibu bapa sendiri.

“Jangan takutkan budak-budak, nanti kita yang susah. Kesian si abang,” komen netizen.

Namun, ruangan komen video yang mendapat lebih dua juta tontonan itu sudah ditutup oleh Bella selepas dibanjiri dengan nasihat-nasihat netizen mengenai perbuatannya itu.

Maya Basir