Maya Karin Idam Jayakan Watak Mahsuri, Mahu Syamsul Yusof Jadi Pengarah… Ini Respons Empunya Diri

Pelakon Maya Karin menyatakan hasrat untuk berlakon watak legenda Mahsuri di bawah arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Hasrat Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke kemudian mendapat perhatian pengarah Mat Kilau menerusi laporan portal berita atas talian.

Menerusi perkongsian Syamsul Yusof di Instagram, dia seakan-akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Maya Karin dengan membawa watak sebagai Mahsuri.

“Good idea lets do it @maya_karin,” tulisnya.

Namun, dia masih belum berkongsi secara terperinci tentang filem yang pastinya bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan tentang perancangan Syamsul untuk mengangkat elemen sejarah negara dalam bentuk perfileman.

Pada masa sama, ramai yang bersetuju watak Mahsuri dibawakan oleh Maya.

Kisah Mahsuri sebelum ini pernah difilemkan pada tahun 1959 yang ditulis oleh Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam versi hitam putih.

Maya Basir