[VIDEO] Tanda Ucap Terima Kasih, Pak Nil Ajak Peminat Beraya Di Rumah

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi sebuah video peminatnya datang untuk beraya ke rumah.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Paknil, pasangan suami isteri itu merupakan peminat pertama yang datang beraya di rumah.

@datukaznilnawawi Replying to @azie ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Difahamkan, kehadiran dua peminatnya itu adalah kerana mereka pernah membantu Paknil untuk meminjamkan ‘member card’ ketika membuat pembayaran di sebuah kedai perabot.

Atas dasar berterima kasih, Paknil menjemput pasangan suami isteri itu untuk datang ke rumahnya.

@datukaznilnawawi

Peristiwa sehari sebelum Raya…

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Menjengah ke ruangan komen, sifat pemurah dan baik hati yang dimiliki oleh Paknil membuatkan netizen memberikan komen positif serta memuji sifat berbudi bahasa pasangan tersebut.

“Berbudi bahasa pasangannya, Rezeki tak pernah salah alamat.

“Bagus pasangan tu, Tak lekang ucap terima kasih. Semoga hubungan mereka berkekalan ke jannah.

“Paknil ni memang ada positive vibe betullah. Buat apa pun aku tak nampak jengkel,” tulis peminat.

Izzi Farhana