[VIDEO] Trend Langgar Bahu ‘Lain Macam’ Fimie Don & Ikmal Amry Undang Dekah Netizen

Sebelum ini, tular beberapa selebriti membuat trend langgar bahu di TikTok dan rata-rata mereka menghasilkan video yang sangat menghiburkan.

Terbaharu, pelakon Fimie Don juga turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan trend tersebut.

Namun, ia agak berlainan kerana menampilkan Ikmal Amry di dalam video tersebut.

“Terlajak perahu boleh undur, terlajak langgar teruk padahnya,” tulis Fimie di kapsyen.

Video tersebut telah dikongsi menerusi akaun Instagram milik Fimie sendiri.

Menerusi video tersebut, Fimie dan Ikmal membuat aksi-aksi mesra selepas terlanggar bahu masing masing.

Video tersebut telah meraih komen-komen netizen yang terhibur melihat gelagat mereka berdua.

“Budak tu be like: kenapa mak aku tiba tiba botak.

“Try berubat cara kampung Am.

“Lain trend TikTok dia,” tulis netizen.

Izzi Farhana