[VIDEO] Tular Kelibat Lelaki Didakwa Aedy Ashraf ‘Check In’ Kelab Malam Lagi

Selepas kontroversi mengaitkan dirinya berada di kelab malam dalam keadaan mabuk dan berkelakuan tidak senonoh, pelakon Aedy Ashraf sekali lagi terpalit dengan isu sama baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok milik individu dikenali sebagai @ninaakarinaa, kelibat lelaki yang didakwa persis Aedy Ashraf itu sedang menari tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Malah, berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, pengguna terbabit sempat memaklumkan bahawa dia meminta maaf kerana merakam aksi lelaki itu tanpa persetujuan.

“Sorry… curi-curi rekod abang baju putih. Siapa kenal? Mention sampai dia notis,” tulisnya.

Meskipun video tersebut kurang jelas akibat persekitaran kelab malam, namun warganet mengakui kelibat lelaki  itu adalah Aedy Ashraf berdasarkan potongan rambut dan gayanya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dengan lebih 2,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin