Video Wanita Galak Berjoget Demi Air Percuma, Ini Reaksi Aliff Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada individu yang tular di media sosial akibat berjoget demi mendapatkan minuman percuma di Pesta Pulau Pinang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Alif di laman TikTok, dia sangat terkilan dengan tindakan wanita itu dan menasihati peniaga supaya tidak melakukan ‘content’ yang boleh menjatuhkan maruah diri.

“Alif faham mungkin sekadar suka-suka, nama pun pesta kan!

“Tapi kena ingat kita orang Islam, ini bukanlah caranya. Malulah! Dah bertudung elok macam tu, tiba-tiba menari berjoget depan orang ramai.

“Yang lelaki nak join tu okay lah lagi, yang perempuan tu tolonglah jangan buat, janganlah disebabkan secawan teh ais kita sanggup menari-nari berjoget hilang rasa malu. Takkanlah malu awak tu harganya secawan teh ais!

“Yang peniaga pula tak ada challenge lain ke yang boleh dibuat, yang lebih membina masyarakat yang lebih memberi manfaat bukan apa bila kita galakkan orang buat dosa kita juga akan dapat dosa. Kita ni usaha cari rezeki daripada Allah tapi hubungan dengan Allah kita tak jaga. Apahal muhasabah!” jelas Alif.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh Alif dan ada juga menzahirkan rasa simpati mereka melihat perkara terbabit.

“Lembutnya teguran tu, harap ada kesedaran buat kita.

“Jangan mencabar tuhan, air laut dekat saja tu, pulau pun kecik saja.

“Itulah orang kita sekarang ni mudah terikut, apa nak jadi pun tak tahulah,” tulis netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 316,000 tontonan dan lebih 26,000 tanda suka.

Halimey Zamal