Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Tak Jadi Bersara! Itu keputusan penyanyi Haqiem Rusli yang mengumumkan dia akan kekal meneruskan kerjaya nyanyiannya selepas ini.

Sebelum ini, penyanyi berusia 21 tahun itu pernah meluahkan hasrat untuk bersara dalam bidang nyanyian selepas kecewa akibat sering menjadi mangsa buli siber.

“ Saya akan meneruskan kerjaya nyanyian. Saya memutuskan untuk tidak berhenti menyanyi kerana sokongan padu peminat yang saya sayangi,” tulisnya di laman akaun media sosialnya, semalam.

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

“ Sejujurnya, sejak dua bulan lalu saya sudah menyiapkan kerja sempena kemunculan lagu baharu. Cuma, ketika itu, masa tidak sesuai untuk memperkenalkannya.

“Ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat kerana saya sudah membuat keputusan meneruskan kerjaya yang saya sayangi ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem bakal tampil dengan klip video single terbarunya, Selamat Tinggal Sayang. Terus kuat ya Haqiem, ramai yang sayangkan bakat awak!

SGMS Faida