Categories: HiburanTrending

Wedding Of The Year! Prince Mateen Bakal Berkahwin Dengan Dayang Anisha Rosnah Januari 2024

Kini, heboh mengenai berita perkahwinan Prince Mateen dan ramai warganet yang patah hati.

Berita itu dilaporkan oleh RTB Brunei menyatakan Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal berkahwin dengan Dayang Anisha Rosnah Adam pada awal tahun ini.

Untuk info, Putera Mateen, 32 ialah anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Manakala, Dayang Anisha Rosnah pula merupakan cucu kepada penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Bukan itu sahaja, istiadat perkahwinan Prince Mateen yang bakal berlangsung selama 10 hari itu turut tular di media sosial.

Istiadat perkahwinan akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 kemudian Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari 2024 dan diikuti dengan istiadat lain sebelum Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024.

Menjengah di platform X, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa namun gembira apabila Putera pujaan ramai itu bakal berkahwin pada tahun depan.

Atiqah Johari