Hiburan By: Padin February 7, 2024 @ 7:17pm

Wings Janji ‘The Rock Emperor – Penang Chapter’ Lebih Hebat & Gempak

Tahun 1987 menyaksikan kemunculan kumpulan Wings menerusi album pertama berjudul Belenggu Irama yang berjaya dijual sebanyak 60,000 unit, yang juga satu jumlah dianggap besar pada era itu.

Kemampuan Wings yang mampu beraksi secara langsung di atas pentas di tambah dengan pakej yang ada pada penyanyinya, Datuk Awie yang menjadi tarikan utama penonton hadir menyaksikan persembahan mereka.

Nama Wings laris menjadi sebutan dan rebutan penganjur di sana sini antaranya Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, Bayan Lepas.

Penganjur mampu tersenyum lebar dengan kehadiran penonton kerana kehebatan Wings bukan sahaja menarik peminat di Pulau Pinang tetapi juga dari Perlis, Kedah dan Perak (utara).

Bagaimanapun, sedar tak sedar kumpulan legenda ini sebenarnya sudah lebih 30 tahun tidak mengadakan konsert di Pulau Pinang (bahagian Pulau).

Hanya pada tahun lalu, ‘Sayap’ mereka singgah beraksi dalam Konsert Mega Marhaen @ Mid Town Perda, Pulau Pinang yang menyaksikan kehadiran ramai penonton walaupun hujan lebat.

Justeru satu perancangan rapi disusun, maka tercetus idea menganjurkan konsert yang lebih gah iaitu Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang akan berlangsung pada 24 Februari ini.

Kehebatan siri The Rock Emperor ini sudah diakui menerusi dua konsert terdahulu iaitu di Singapura pada 29 Julai 2023 dan Kuala Lumpur pada16 Disember 2023.

Untuk itu, Awie menjanjikan persembahan yang lebih hebat, lebih gempak dan lebih menghiburkan buat peminat di ‘Pulau Mutiara’.

“Jom, orang-orang Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan dimana sahaja. Mari datang saksikan persembahan Wings di SPICE Arena Penang pada 24 Februari nanti.

“Saya bersama Eddie, Black, Sham dan Edrie sudah tidak sabar bertemu anda. Maklumlah kami pun sudah lama tidak beraksi di sini. Sudah pasti kami akan memberikan aksi terbaik.

“Persembahan di Pulau Pinang memang ditunggu-tunggu kerana dapat mengimbas kembali saat-saat awal kemunculan di persada seni tanah air 37 tahun lalu.

“Kami diterima baik oleh peminat di sini dan kehadiran mereka tidak mengecewakan. Justeru inilah juga harapan kami menerusi konsert kali ini,” katanya.

Sebagai bukti kesungguhan mereka mempromosikan Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, Awie dan empat rakannya turun padang bertemu peminat di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Mydin Mall, Jalan Baru Bukit Mertajam dan AEON Mall Taiping pada Sabtu dan Ahad lalu.

Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter tampil dengan kelainan apabila Wings mengetengahkan konsep Gores & Menang kepada penonton.

“Untuk setiap tiket, kita akan buat satu Gores dan dalam Gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. Ia merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk pre love barangan Wings terpakai yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang,” kata Awie lagi.

Hot FM dan KOOL 101 dipilih sebagai Radio Rasmi Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, manakala XTRA pula dipilih sebagai Rakan Media Digital Rasmi.

Tiket untuk menonton boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Feb 2018

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Trending Fri, 30 Nov 2018

Syed Saddiq Tersenarai Dalam Top 20 Belia Yang Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk 2018

Anda setuju dengan pemilihan yang dibuat oleh platform global Apolitical ini?

Trending Wed, 25 Mar 2020

Belum Selesai Pandemik Covid-19, Lelaki Di China Maut Akibat Hantavirus

Di saat pandemik Covid-19 semakin berkurang dan pulih di negara China, seorang lelaki telah meninggal dunia akibat virus lain iaitu Hantavirus.  Lelaki yang berasal daripada wilayah Yunnan itu dikhabarkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang […]

Featured Thu, 12 Jan 2023
Trending Fri, 22 Jun 2018

Serba Tak Kena, Jaket Melania Trump Jadi Bualan!

Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya.

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024