Taktik Sedih Aliff Aziz Dah Tak Laku, Kini Muncul Dengan Makwe Baru Pula?

Selepas kontroversi bertubi-tubi melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sebelum ini, nampaknya beliau sekali lagi dilihat memuat naik gambar bersama seorang wanita cantik. Wow! Siapakah agaknya gerangan wanita itu?

Malah, kedua-duanya juga dilihat memuat naik ig story masing-masing yang kelihatannya sedang berjalan-jalan dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama.

Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik ini sedikit sebanyak mengganggu bekas isteri beliau, Bella Astillah apabila ramai yang DM Bella berkenaan gambar yang dimuat naik oleh bekas suaminya itu. Dan, ini jawapan win Bella buat netizen diluar sana.

” Bella tak kisah pun, sebab korang semua pun dah tahu yang kita dah takde kena mengen. So, apapun yang dia buat kat diri dia… Bella okay je” Katanya menerusi akaun ig story miliknya.

Namun, masih tidak dapat dipastikan lagi apakah status sebenar hubungan Aliff dan wanita yang dikenali, Tika Sheikh ini.

Netizen kalau ada info terkini, mungkin boleh lah kongsikan dengan kami ya!

Salma Syahbuddin