Wow! King Coco Buat Hal Pegang Anjing

Rasanya sudah agak lama selebriti media sosial ini senyap daripada muncul dengan kontroversi panas sejak melahirkan anak sulungnya pada tahun lalu. 

Menerusi muat naik dilaman instagram King Coco, beliau kelihatannya mengusap seekor anjing sambil menulis caption dengan bait-bait lagu yang dipetik daripada lagu terbaru Joe Flizzow, Sampai Jadi

Tapi nampak gayanya, King Coco dilihat telah menutup ruangan komen dilaman instagram beliau. Haih, takut kena kecam dengan makcik bawang ke King Coco?

Sebenarnya, isu memegang anjing dan menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan di kalangan selebriti tempatan sudah mula dibangkitkan sejak dahulu. Dan, sesiapa sahaja di kalangan artis ini yang dilihat memegang atau memelihara haiwan tersebut pastinya mengundang kecaman dari mana-mana pihak.

Apapun, sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran, memegang anjing untuk menyelamatkan haiwan tersebut adalah sangat digalakkan. Tetapi, menyentuh dan memelihara haiwan tersebut tanpa sebarang alasan yang kukuh itu dianggap hanya mengundang padah. Betul tak?

Salma Syahbuddin