Bukan Cincin Tanda, Nelydia Janji Kongsi Berita Baik

“Ia bukan cincin tanda atau risik,” komen pelakon Nelydia Senrose berhubung cincin yang dimuat naik di laman Twitternya, baru-baru ini. Pelakon jelita berusia 23 tahun itu mengaku cincin itu diberikan oleh jejaka yang dikenali sebagai Hafiz.

“ Saya hanya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik. Bukan mahu berahsia atau menyorokkan sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti hubungan sebelum ini.

“Tetapi, saya berjanji akan kongsi perkara yang baik jika sudah ada kepastian. Saya tidak mahu terlalu bercerita benda yang belum pasti hujung pangkalnya,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, isu cincin yang disarung Nelydia menjadi bualan netizen. Apa tidaknya, netizen menganggap Nelydia sudah dilamar kekasihnya itu.

Ditanya mengenai statusnya, adik kepada Uqasha Senrose itu menegaskan, dirinya masih solo.

“Saya bukan tunangan sesiapa. Selagi belum berkahwin, saya masih hak milik ibu bapa,” katanya.

SGMS Faida