WOW! Leonardo Dicaprio Bawa Teman Wanita Bercuti Di Phuket

Pelakon Leonardo DiCaprio dilaporkan menghabiskan cuti tahun barunya di Pulau Phuket bersama teman wanitanya, Camila Morrone, baru-baru ini.

Pasangan yang bercinta sejak setahun lalu ini menyambut ulang tahun kebersamaan dan percutian kali ini disertai rakan-rakan termasuk Lukas Haas dan Vladislav Doronin. 

Menariknya, Camila turut berkongsi beberapa keping gambar percutiaannya di sana.

“ Saya menyarankan anda ke sini (Elephant Jungle Sanctuary) jika berkesempatan,” tulisnya.

Biarpun berbeza usia 22 tahun, pasangan ini tidak menjadikan faktor berkenaan sebagai satu masalah malah hubungan mereka bertambah lancar.

Dalam masa sama, memetik laporan Us Weekly, pasangan ini dilaporkan bakal berkahwin pada tahun ini. Menurut sumber dari majalah berkenaan, Leo dan Camila sudah berbincang mengenai hal pertunangan dan bersedia memiliki anak. 

SGMS Faida