Featured By: Aqilah Paharuzi April 5, 2023 @ 1:30pm

Wow! Siti Nurhaliza Iktiraf Aliff Syukri Penyanyi Nombor Satu Malaysia – “Saya Di Belakang Awak Ya”

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sebelum ini pernah menggelarkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu untuk kategori lelaki.

Terkini, menerusi ruangan komen hantaran penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram, ramai tertumpu kepada respons Aliff Syukri yang memuji idolanya itu.

Bukan itu sahaja, Aliff Syukri turut bertanya kepada pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu sama ada mengenali dirinya selebriti nombor satu negara.

“Cantiknya awak idola saya.. Awak kenal tak saya artis nombor satu ini?,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian adalah Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi membalas komen tersebut dengan sangat bersahaja.

Menerusi komen tersebut, TokTi mengiktiraf Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor satu.

“Mestilah saya kenal awak penyanyi nombor satu, saya dekat belakang awak ya,” jawab TokTi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

‘Filem Belum Ada Tajuk Bukan Gimik’ – Mawi

Mawi yang memilih tema komedi Islamik memberitahu filem itu dijangka berada di pawagam sekitar Mac tahun depan.

Trending Mon, 21 Dec 2020
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Anugerah Wed, 7 Feb 2024

“Dia Sendiri Tawarkan Diri” – Aisha Retno Bakal Gayakan Busana Teh Firdaus Di Pentas AJL38

Fuhhh tak sabar nak tengok hasil tangan Teh Firdaus buat Aisha masa AJL38 nanti!

Events Thu, 21 Mar 2019

Karnival Jom Heboh dan Grand Bazaar Ramadan Anjuran TV3 Dan BUR

Jom kunjungi Karnival Jom Heboh 2019 dan Grand Bazaar Raya!

Trending Thu, 28 Jun 2018

Najib Says There’s Nothing Wrong with Accepting Gifts

He was comparing his gifts with Tun Mahatir’s too.