Wow, Straight A’s Untuk Anak Tomok!

Pasti ramai yang mengenali si cilik Arrian kan? Mana taknya, kepetahan beliau dalam berbahasa inggeris cukup dikagumi rata-rata peminat Tomok yang menjadikan Arrian sebagai sumber rujukan buat anak mereka.

Tidak hairan lah kiranya, jika penyanyi Patahkan Sayap ini berkongsi keputusan peperiksaan anaknya itu dilaman instagram milik beliau. 

Wah, walaupun baru berusia 6 tahun nampaknya Arrian sudah mampu memperoleh gred A dalam semua subjek yang diambilnya. Agaknya, mak bapak manalah yang tak bangga bila anak sekecil Arrian sudah mampu memberikan pencapaian yang membanggakan.
Dalam perkembangan lain, selain Arrian, Tomok dan isteri, Rahayu Abbas juga turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata bernama Andrashah Iman yang kini berusia empat tahun.
Salma Syahbuddin