‘You Come First’ Buah Tangan Terbaru Zak Abel

Wow! Penyanyi Zak Abel membuat kemunculan istimewa di One Utama, hari ini bersempena dengan pelancaran single berjudul ‘ You Come First’ kolaborasi bersama penyanyi rap, Saweetie.

Dalam persembahan yang berlangsung di ruang legar One Utama hari ini, Zak membuat kejutan dengan berduet bersama pengacara dan penyanyi Hunny Madu.

Bukan itu saja, malah Zak turut menerima strap gitar khas dari syarikat pengurusan Warner Music.

“ Saya janji jika saya datang sekali lagi ke Malaysia, saya akan memakainya,” katanya.

Bercakap tentang single terbarunya, Zak memberitahu dia amat positif lagu ini bakal mendapat perhatian pendengar.

“ Lagu ini adalah mengenai ‘keutamaan’.  Single You Come First mengajar kita untuk sentiasa meletakkan yang tersayang di tempat pertama, sesuatu yang amat penting pada saya.

“ Saya gembira Saweetie memahami kehendak saya. Dia memahami secara keseluruhan dari mana saya datang dan penjiwaan yang diberikan,” kata penyanyi berusia 23 tahun.

Tahun lalu, Zak yang juga komposer berbakat besar tampil dengan album berjudul Only When We’re Naked.

“ Saya gemar bercerita. Impian saya bukan hanya untuk menghasilkan lagu popular bermusim tetapi lagu yang kekal diingati sampai bila-bila,” katanya.

Antara lagu yang cukup meninggalkan kesan pada pendengar, Love Song yang menyaksikan kerjasama Zak dengan prosedur terkenal, Steve Mac (komposer terkenal yang pernah bekerjasama dengan Ed Sheeran dan kumpulan One Direction).

SGMS Faida