Yeay! Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik

Alhamdulillah! Pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bakal menimang cahaya mata kedua.

Menerusi laman Instagram milik pelakon filem Paskal itu, Hairul Azreen memaklumkan isterinya kini berbadan dua.

“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,” tulisnya.

Pasangan ini kini berada di Jepun bersama anak kesayangan mereka, Yusuf Iskandar.

Rata-rata netizen turut gembira dengan perkhabaran ini dan mengucapkan tahniah kepada mereka. 

Semoga urusan melahirkan anak kedua ini nanti lancar ya, Insya Allah…

SGMS Faida