Categories: Eat TravelFeatured

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pada ketika rakyat Malaysia begitu teruja menantikan pembukaan Taman Tema Twentieth Century Fox World, di Genting Highlands yang dijangka berlaku pada 2019, Pulau Pinang juga tidak ketinggalan untuk mencipta kejutan dengan memperkenalkan Taman Tema Escape Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang.

Apa yang menariknya dan dijangka menjadi tarikan utama pengunjung, adalah luncur air dibina sepanjang 1 kilometer. Lebih dahsyat lagi, dengan ukuran tersebut, ianya dikatakan bakal menjadi luncur air terpanjang di dunia, lapor Channel NewsAsia.

Luncur air ini dikatakan dibina dengan sangat tinggi sehingga pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

Foto: TripAdvisor

Selain daripada luncur air yang berukuran 1 kilometer tersebut, taman tema Escape Pulau Pinang juga menyediakan banyak lagi pilihan permainan dan aktiviti menarik yang juga terletak di atas bukit! Semua permainan dan tarikan yang terletak di kawasan atas bukit ini akan dikenali sebagai Gravityplay.

Luncur air terpanjang di dunia ini akan menjadi sebahagian daripada taman tema fasa kedua di Taman Tema Escape yang dijangka siap pada bulan Disember 2018 nanti.

Ibu bapa yang tidak tahu mahu membawa anak-anak ke mana sebelum bermulanya musim persekolahan, bolehlah bawa mereka ke sini dan nikmati pelbagai permainan menarik!

Sumber Video: Youtube

Sumber Artikel: Lobak Merah

Yanie Baharom